Program pembelajaran Bahasa Arab [Arab - Melayu] by Ahmed Hassan Al-Mosully
- Regular price
- RM 4.26
- Sale price
- RM 4.26
- Regular price
-
RM 0.00
Worldwide shipping
Secure payments
Authentic products
Share
Program ini adalah program pembelajaran Bahasa Arab (lanjutan) yang terdiri daripada 2 CD dan sebuah buku. Ia menggunakan teknologi terkini dan efektif khusus untuk mereka yang bukan berbahasa Arab terutamanya orang Melayu. Program ini juga menekankan tentang kekeliruan dan kelemahan di dalam pembelajaran Bahasa Arab yang biasanya dihadapi oleh orang Melayu. Kekeliruan tersebut dapat diatasi dengan mengikuti program ini.
Program ini merangkumi pembelajaran Nahu, Saraf, karangan, perbualan, ulangkaji dan latihan. Tetapi, penekanan lebih diberikan kepada pembelajaran Nahu dan Saraf. la disampaikan dalam syarahan Bahasa Arab dan Melayu. Cara penyampaiannya adalah mudah dan menarik seolah-olah pengguna mengikuti pembelajaran di dalam bilik darjah. Setiap tajuk dimulakan dengan definisi dan diikuti dengan contoh-contoh serta keterangan-keterangan. Latihan-latihan disediakan bagi setiap tajuk yang berkaitan bertujuan untuk menguji kefahaman para pengguna. Kod-kod warna juga digunakan untuk memberi penekanan kepada muzakkar atau muannath dan sebagainya.
Disamping itu, ia juga diselitkan dengan kata-kata hikmat, hadith-hadith, fakta-fakta sensasi dan yang berunsur humor (kata kunci "PANAS"). Untuk memberi kerehatan minda semasa mengikuti pembelajaran, para pengguna boleh mengikuti alunan-
alunan muzik padang pasir yang seronok didengar (kata kunci "REHAT").
Program ini adalah sangat berguna untuk para pengguna bagi mempelajari dan menguasai Bahasa Arab serta mempraktikkannya dengan berkesan. Program ini juga dapat digunakan sepanjang masa.
Penggunaan program ini memfokuskan kepada CD yang akan memberikan panduan kepada pengguna untuk merujuk buku seperti muka surat dan sebagainya. Kedua-dua CD ini boleh dibuka secara terus (Autorun).

×
×
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product